Assalamualaikum . Nampaknya aku dah takde mood nak taip entri Melbourne tu . Seriously ! . Malas sesangat . Tapi aku nak buat jugak -__- . Esok mungkin ? <----- Nampak permainan dia ?
*****************
Minggu ni minggu paling aku benci setakat ni . Kalau boleh nak ponteng seminggu . Minggu ni banyak program - minggu aku ada masalah dengan sorang ni --> s*- minggu cikgu agih-agihkan markah PKBS2 . Yang part banyak program dan masalah kawan tu aku ok je tapi bab cikgu bagi markah ni memang grrrrr K.O ! .
Jujur , markah aku untuk PKBS2 ni jatuh mendadak .
Lompatan Unduran Saujana mungkin ?? . Cuba kau bayang , turun 30 markah kot ! siapa tak gila ? ce bagitau aku. *sigh* . Aku tak tahu nak salahkan siapa . Nak salahkan parents / cikgu tu memang taklah . Jadi kesimpulannya salahkan diri sendiri u__u . Memang aku banyak main pun sebenarnya *mode jujur* - study last minute - busy dengan hal Melbourne - skip tuisyen - banyak online (u__u) . Markah Chemistry paling aku sedih sekali . Dari A turun ke tettttt . Dah tentulah aku bajet cool dekat sekolah tapi bila sampai rumah terus rasa givap , stress dan terus nangis sampai tertidur . Gedik bukan ? . Ya , adik aku yang darjah tiga pun cakap aku gedik pasal tu T_T . Hari Isnin dah tahu markah untuk 3 subjek sains (bio,fiz,chemy) dan harini pun dah tahu markah untuk 3 subjek (PQS,PSI,Math) dan SEMUANYA MENGECEWAKAN . Semua markah aku turun berbanding PKBS1 haritu . Aku dah tak tahu nak cakap apa dengan parents aku bila diorang tanya . Setakat harini aku masih dalam zon selamat , esok lusa siapa tahu aku dah tak boleh online dan blablabla sebab henfon mungkin dirampas , internet mungkin dipotong , pc mungkin dipasang password okbye :(
P/s : Faizah cakap blog lama aku bosan sbb takde cerita cinta . Watlex watpeace aku tak kisah yang penting blog aku nanti dapat aku tunjuk dekat hasbeng , anak-anak , cucu cicit dan keturunan aku nanti . Dan aku pasti diorang akan bangga dengan aku . Haha hi Faizah ! ~_~